Text
Kelakuan Organisasi
Buku ini mengandungi empat bahagian utama untuk memahami kelakuan organisasi. Bahagian pertama dimulakan dengan pengenalan secara keseluruhan tentang kelakuan organisasi. Ini diikuti oleh bahagian kedua yang cuba memahami organisasi dari sudut individu. Bahagian ketiga memfokus dari segi kelakuan kumpulan yang jelas menampilkan impaknya. Sementara bahagian keempat pula melihat dari sudut sistem organisasi. Setiap bahagian dimuatkan dengan beberapa bab untuk menjelaskan aspek-aspek yang terperinci. Bahagian pertama mengandungi dua bab. Bab 1 menerangkan secara keseluruhan tentang takrif, elemen, disiplin, konsep dan matlamat organisasi. Manakala bab 2 pula merangkakan model kelakuan organisasi yang menampilkan variabel-variabel yang terlibat dalam model ini. Bahagian kedua pula memajukan aspek kelakuan individu dalam organisasi yang merangkumi bab 3 hingga ke bab 6. Bab 3 menerangkan ciri biografi individu seperti umur, jantina, pelajaran, bangsa, kebolehan dan personaliti. Kemudian diikuti dengan bab 4 yang menyambung ciri biografi dengan menyentuh aspek tanggapan, nilai, sikap dan dorongan. Sementara bab 5 pula, membicarakan dua elemen asas biografi individu iaitu pembelajaran dan penguatkuasaan. Bab 6 membincangkan proses antara personal kelakuan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi.
Tidak tersedia versi lain